JENIS-JENIS BEKAM
BEKAM KERING
Bekam kering juga disebut sebagai bekam angin, kaedah bekam ini adalah menyedut permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah dari dalamnya.
Bekam ini biasa digunakan untuk mengatasi rasa sengal yang disebabkan oleh reumatik dan rasa sengal yang terjadi di punggung. Bekam jenis ini akan meninggalkan bekas bekam berupa lebam warna merah kehitam-hitaman pada tempat yang dibekam dan akan hilang beberapa hari kemudian.
BEKAM BASAH
Bekam basah adalah sebuah metod bekam yang dilakukan dengan melakukan bekam kering dulu kemudian permukaan kulit yang dibekam dilukai dengan jarum yang disterilkan, kemudian disedut dengan menggunakan alat cupping set dan hand pump untuk mengeluarkan darah kotor melalui luka yang dibuat dengan jarum tadi.
Biasanya dilakukan selama 3 hingga 5 minit dan tidak boleh lebih dari 9 minit. Penyedutan darah dapat dilakukan sebanyak maksima 7 kali dan tidak boleh lebih. Biasanya pada bahagian yang disedut akan mengeluarkan darah berwarna merah kehitaman dan berbuih.Selepas berbekam, pada 3 jam yang pertama tidak boleh terkena air dan bekam cara ini juga tidak boleh kerap dilakukan dan diunjurkan jarak waktu selama 3 minggu sekali.
BEKAM API
As Salam .Saya Ingin Bertanya : Rawatan Utk Buang Uric Acid Pada Kaki Isteri Saya Bengkak Di Tumit ( Gout) Secara Picit Keluar Darah Putih Ada Kah Pihak Tuan Buat Selain Pada Pakai Seperti Cup2 Pada Kaki ? Atau Tolong BagiTahu Saya Di- Mana Boleh Buat Rawatan Seperti Itu ?
ReplyDeleteGood job.
ReplyDelete