Bekam Sunnah Shah Alam بكم سنه شاه عالم Di METIA@ Shah Alam, Seksyen 13 40100 Shah Alam Hubungi : 0192827288 / Puan Noor 0193003806

Saturday, 27 August 2016

Pengenalan

Jom Berbekam

 APA ITU BEKAM (AL HIJAMAH)

Bekam ialah perkataan Melayu untuk proses pengeluaran darah kotor (toksin) dari badan melalui permukaan kulit. Bahasa Arab pula ialah Al-Hijamah yaitu membuang darah kotor dengan tujuan membersihkan darah yang mengalir dalam tubuh. Inilah salah satu cara DETOKSIFIKASI yang berkesan serta selamat dengan tiada kesan sampingan. Kulit adalah organ yang terbesar dalam tubuh karena itu banyak toksik berkumpul disitu.

Berbekam sangat berkesan untuk melegakan atau menghapuskan kesakitan, memulihkan fungsi tubuh badan serta memberi seribu harapan pada pesakit untuk terus berikhtiar mendapat rawatan.

Sejak Zaman mesir kuno lagi kaedah berbekam menjadi amalan bagi penyembuhan pelbagai penyakit, seperti sawan (epilepsy) angin ahmal (stroke), hinggalah ke penyakit yang ringan seperti masalah kulit dan letih – lesu. Perawatan ini tidak perlu diragukan lagi karena berpandukan hadits – hadits yang banyak menerangkan kebaikan bagi orang yang mengamalkan bekam.

Nabi Muhammad Saw merupakan insan yang pertama dibekam para Malaikat dengan perintah Allah Swt sebelum Isra. Penjelasan dalam hadits Riwayat Ibnu Majah menerusi Katzir bin Salim :

Selama Aku Berjalan pada malam Isra bersama para Malaikat, Mereka selalu berkata “Hai Muhammad, Suruhlah Ummatmu berbekam”




Kesimpulanya:

Berbekam adalah cara perubatan Islam yang Rasulullah SAW amalkan sehingga menjadi sunnah. 

Sejarah di dunia terutama di China , mereka adalah orang yang mengutamakan bekam. Di Eropa mereka terkenal dengan membuang darah dalam perubatan. 

Mengapa pula kita orang Islam yang sepatutnya mewarisi perubatan ini tidak mencuba memperkenalkan perawatan bekam sebagai perawatan alternatif disamping menggunakan Penawar Herba serta pemakanan lain.

Insyaallah jika kita sama sama belajar kearah yang mudah ini semoga Allah akan melahirkan keistimewaannya untuk kita lihat dan kita rasakan. Amin.

No comments:

Post a Comment